BERBEZA era, anggota kumpulan Girls Generation, Tiffany menyifatkan ramai idola mahupun kumpulan K-pop generasi kini malas dan manja.
Kata penyanyi berusia 34 tahun itu, berbeza dengan kumpulan K-pop zamannya yang berusaha keras menari, menyanyi dan mencari identiti sendiri untuk kelihatan menonjol serta dikenali ramai.
“Kalau nak bandingkan, kami (SNSD) akan menari dengan tekun dan bekerja keras walaupun kamera berada jauh kerana mahu menonjol termasuklah sekadar menari di belakang pentas.
“Tetapi kini, ada sesuatu dipanggil rakaman ‘fancam’ individu, jadi mungkin itulah sebabnya idola menjadi sangat malas untuk bersungguh-sungguh.
“Jadi apabila melihat mereka berlatih, tertanya-tanya kenapa gerakan nampak malas dan asal boleh sahaja,” ujarnya. – HIBGLAM