Kesihatan merosot, Jiheon cuti panjang

Tahap kesihatan merudum, anggota kumpulan Fromis_9, Jiheon terpaksa mengambil cuti panjang untuk berehat dan mendapatkan rawatan.

Perkara tersebut diumumkan sendiri agensinya, Pledis Entertainment yang memberitahu idola berusia 21 tahun itu ditahan di hospital kerana sakit perut dan dinasihatkan doktor untuk berehat. 

Agensi itu kemudiannya memutuskan Jiheon perlu berehat dan tidak akan terlibat dalam sebarang latihan, aktiviti promosi mahupun persembahan. 

Dia hanya akan kembali semula selepas pulih sepenuhnya.

Ahli Fromis_9,  Jiheon tidak akan mengambil bahagian dalam apa jua acara persembahan mahupun jelajah promosi.

“Dia kini sedang berehat dan mencari kestabilan untuk pemulihannya. Mohon peminat mendoakan agar Jiheon pulih seperti sediakala dan dapat terus menghiburkan anda semua,” demikian kenyataan agensi tersebut.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok