Kang Hoon ahli interim Running Man

SERASI dan disukai penonton, pelakon Kang Hoon muncul sebagai peserta interim (sementara) program popular Running Man.

Berita penyertaan aktor itu tular selepas pihak produksi menyiarkan gambar berkumpulan bagi musim terbaharu rancangan berkenaan yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Pemilihan jejaka berusia 32 tahun itu dibuat selepas ahli asal, Jun So-min mengundurkan diri dan semua bersetuju untuk menggunakan sistem anggota sementara daripada mencari peserta tetap.

Pelakon drama A Time Called You itu sebelum ini pernah muncul dalam program tersebut sebanyak enam kali dan pemilihannya dilihat tepat kerana sudah terbiasa dengan konsep dan cara kerja Running Man.

“Pemilihan Kang Hoon memang sangat tepat! Dia bukan sahaja sudah biasa dengan konsep rancangan ini tetapi semua anggota Running Man serasi dengannya.

“Malah, reaksi peminat mengenai pemilihannya juga sangat baik dan kami tak sabar untuk menyiarkan episod pertama bersama Kang Hoon,” kata wakil produksi.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok