G-Soul kantoi curi arak

Tiada angin tiada ribut, kecoh dalam media sosial apabila  penyanyi G.Soul dilaporkan ditangkap pihak polis kerana mencuri minuman beralkohol daripada kedai serbaneka.

Penyanyi berusia 35 tahun itu ditangkap mencuri arak di sebuah kedai serbaneka yang terletak di Gangnam dan lebih teruk, ketika itu dia dalam keadaan mabuk.

Difahamkan, G.Soul dilepaskan dengan jaminan polis dan kini berada di luar negara, namun bakal dipanggil pihak berkuasa semula untuk disoal siasat.

Pemuzik solo itu dijadualkan memulakan persembaghan jelajah Amerika Utara 2024, Pretty Lil Thing, yang bermula di Vancouver, Kanada pada 30 Mei nanti.

Jelajah itu dijangka merentasi 18 bandar lain di Eropah sepanjang bulan Jun.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok