MEGA dan berkualiti, persembahan kumpulan BabyMonster ketika menyanyikan lagu Blackpink berjudul As If It’s Your Last ketika konsert yang berlangsung di Jepun pada 11 Mei lalu meraih pujian menggunung.
Professionalism kumpulan itu turut dipuji apabila kekal tenang meskipun muzik tiba-tiba terhenti akibat masalah teknikal.
Mereka dilihat tetap meneruskan nyanyian walaupun tanpa iringan muzik.
Netizen di ruangan komen memuji kebolehan dan keberanian mereka menyanyi secara langsung pada usia kerjaya yang masih dianggap mentah.
Ada juga netizen membandingkan kemampuan mereka dengan kumpulan wanita lain yang lebih berpengalaman.
“Pertama kali saya lihat kumpulan K-pop boleh menyanyi secara langsung sebaik ini.
“Mereka lebih bagus menyanyi daripada kumpulan yang buat persembahan di Coachella hari itu,” komen netizen.
“Baru debut tak sampai setahun tetapi sudah boleh menyanyi sebaik ini. Memang berkualiti,” demikian antara komen pengguna media sosial. – HIBGLAM