Wonjin berehat, hidap laryngitis

Kesihatan semakin merosot, anggota kumpulan Cravity, Wonjin disahkan menghidap penyakit keradangan larinks atau lebih dikenali sebagai laryngitis.

Khabar duka itu diumumkan sendiri agensi mereka, Starship Entertainment yang meminta orang ramai mendoakan kesihatan artis jagaan mereka itu.

“Dukacita dimaklumkan Wonjin mendapatkan rawatan di hospital beberapa kali sebelum ini dan disahkan menghidap penyakit laringitis.

“Berikutan saranan perubatan untuk berehat, Wonjin tidak dapat muncul dalam persembahan yang dijadualkan sepanjang dalam tempoh rawatan.

“Tiada apa dipinta selain doa daripada semua peminat agar idola kesayangan kalian semua pulih seperti sedia kala,” kata syarikat pengurusannya dalam kenyataan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok