Kim Yoon-ji hamil anak sulung

Tiada angin tiada ribut, nama aktres Kim Yoon-ji meledak dalam media sosial apabila dia kini disahkan sedang hamil anak pertama.

Berita gembira itu diumumkan sendiri agensinya, Sublime yang mendedahkan artis bawah jagaannya itu dijangka bersalin pada bulan Julai nanti.

“Selepas tiga tahun berkahwin, sukacita diumumkan, Yoon-ji kini sedang hamil dan mula memperlahankan aktiviti seni demi menjaga kandungannya.

“Dia dijangka akan bersalin pada bulan Julai,” dedah Sublime.

Terdahulu, wanita berusia 35 tahun itu berkahwin dengan suaminya yang juga ahli perniagaan pada tahun 2021.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok