2 minggu rehat sebab bola sesat, Chowon kini kembali

PENGSAN dan cedera teruk akibat terkena bola sesat ketika perlawanan besbol pada 16 April lalu, anggota kumpulan Ichillin, Chowon kini pulih sepenuhnya dan kembali menjalani aktivi seni.

Perkara tersebut dimaklumkan agensi idola berusia 21 tahun itu, KM Entertainment. Chowon sebelum ini dirawat di hospital pakar dan sembuh selepas menjalani beberapa rawatan.

“Chowon mengalami kecederaan teruk selepas terkena bola besbol tempoh hari. Pada ketika itu, doktor menyarankan dia tidak melakukan kerja-kerja seni.

“Syukur keadaannya kini semakin baik, dia kini kembali menghiburkan peminat selepas benar-benar pulih sepenuhnya,” ujar agensi terbabit.

Tidak lupa sokongan ramai, agensi tersebut mengucapkan terima kasih kepada peminat serta pasukan besbol Kiwoom Heroes kerana cakna terhadap keadaan Chowon.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok