Top 5 aktor Korea Selatan paling kaya

INDUSTRI hiburan Korea Selatan semakin berkembang tidak kira muzik, drama mahupun filem.

Setiap karya yang diterbitkan pasti mendapat sambutan hangat termasuk daripada peminat luar negara yang sentiasa menantikan produk terbaharu dari negara itu.

Industri filem serta drama lebih menjadi tumpuan apabila penerimaan terhadap platfrom Over The Top (OTT) secara tidak langsung telah membawa kepada perkembangan besar-besaran dalam dunia hiburan.

Justeru, setiap tontonan naskhah pasti memberikan impak lebih besar kepada pelakon negara itu, sekali gus meletakkan mereka sebagai bintang rebutan.

Tidak hairanlah kelompok ini berjaya memperoleh bayaran tertinggi sehingga mencecah jutaan ringgit bagi satu episod drama, setara pengaruh mereka di pentas global.

  • Song Joong-ki

HANYA memerlukan tempoh lebih sedekad, pelakon Song Joong-ki meraih populariti luar biasa sehingga mampu menduduki carta aktor berpendapatan paling tinggi.

Drama Descendants Of The Sun yang ditayangkan pada 2016 melonjakkan popularitinya sehingga menerima banyak tawaran drama.

Selepas itu, dia membintangi drama Vincenzo dengan menerima bayaran RM800,000 bagi setiap episod.

Pada 2023, Joong-ki membintangi drama Reborn Rich yang mencatat jumlah tontonan tertinggi bagi drama bersiri tahun lalu.

Menurut laporan media, dia menerima bayaran RM1 juta untuk setiap episod.

Memandangkan drama terbabit ada 16 episod, dia dibayar sekitar RM16 juta.

  • Kim Soo-hyun

MENDUDUKI carta pertama, pelakon Kim Soo-hyun merupakan aktor yang meraih pendapatan paling tinggi dalam industri hiburan Korea.

Hal tersebut kerana pelakon berusia 36 itu sangat dikenali selepas terlibat dalam beberapa naskhah termasuk The Producers, My Love From The Star, Dream High dan Moon Embracing The Sun.

Difahamkan, pendapatannya bakal meningkat tahun ini susulan pembabitan dalam naskhah mega yang dinanti-nantikan ramai iaitu Queen Of Tears.

Menerusi karya tersebut, pemenang dua Anugerah Grand Bell Korea Selatan itu dikatakan dibayar kira-kira RM200,079 untuk satu episod drama.

  • Hyun Bin

HYUN BIN antara aktor yang menerima bayaran tertinggi kerana dianggap bintang terbaik generasi kini.

Ini dibuktikan menerusi drama Crash Landing On You yang ditayangkan pada 2019 meraih jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah televisyen Korea Selatan.

Menurut laporan, anggaran pendapatan jejaka berusia 38 tahun itu lebih RM534,000 bagi setiap episod.

Disebabkan kemahiran lakonannya, suami kepada aktres Son Ye-jin itu dilamar membintangi filem Point Men yang meraih kutipan tertinggi 2023.

  • Lee Jung-jae

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon Lee Jung-jae. Sebut sahaja hero Squid Games pasti ramai ingat aksinya yang berjaya bertahan hingga ke hujung episod.

Selepas mencipta nama menerusi naskhah popular tersebut, Jung-jae dilaporkan menerima bayaran sebanyak RM1 juta bagi setiap episod.

Dia juga disahkan menyertai barisan pelakon Squid Game 2 dan difahamkan artis berusia 52 tahun itu meminta bayaran sebanyak RM4 juta untuk satu episod.

Meskipun berita ini belum rasmi, perkara ini akan membuatkan Jung-jae mengatasi Kim Soo-hyun sebagai pelakon yang menerima pendapatan tertinggi.

Bagaimanapun, tanpa Squid Game aktor itu masih menjadi pelakon terkaya dalam industri hiburan.

  • Lee Min-ho

SEJAK muncul dalam drama popular, Boys Over Flowers, pelakon Lee Min-ho menjadi pujaan hati gadis seluruh dunia.

Pada tahun 2022, Min-ho memainkan watak utama dalam siri web Apple TV berjudul Pachinko.

Sebelum naskhah Pachinko, pelakon berusia 37 tahun itu menerima bayaran RM378,000 bagi setiap episod drama.

Namun, sehingga kini ramai tidak tahu berapa bayaran yang diterima bintang drama The Heirs itu daripada Apple TV. Apa yang pasti memang lumayan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok