Separuh jiwa Min-ah hilang

PRESTASI persembahan kurang memuaskan, anggota kumpulan Girl’s Day, Min-ah mengakui separuh jiwanya hilang selepas bapanya meninggal dunia baru-baru ini.

Ujar idola berusia 30 tahun itu, hatinya dirundung pilu selain hilang semangat memandangkan bapanya merupakan susuk penting mengapa dirinya berkecimpung dalam industri seni dan berat untuk menerima bahawa individu itu kini tiada lagi disisinya.

“Saya minta maaf kepada semua peminat jika melihat prestasi saya kian merudum. Sejujurnya saya sangat terkesan dengan pemergian ayah, dia individu paling penting dalam hidup saya.

“Apabila dia tiada, dunia saya menjadi gelap, separuh jiwa saya telah pergi bahkan semangat saya kian pudar.

“Tetapi jangan risau, saya akan kembali dengan mental dan fizikal yang kuat. Harap kalian memahami keadaan saya, beri saya masa,” ujar ­­­Mi­n-ah dalam media sosial miliknya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok