Sakit, Lady Jane cuti panjang

KONDISI kesihatan penyanyi Lady Jane semakin teruk sehingga memaksanya mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti seni.

Begitupun, wanita berusia 40 tahun itu enggan mendedahkan penyakit yang dialami sebaliknya menegaskan dia mahu benar-benar pulih fizikal dan mental sepenuhnya sebelum kembali menghiburkan khalayak.

“Saya mengalami beberapa masalah kesihatan baru-baru ini, jadi saya dalam proses pemulihan fizikal dan mental.

“Saya akan bercuti panjang untuk berehat sepenuhnya dan kembali menghiburkan kalian setelah semuanya kembali okey.

“Teruslah menyokong karier saya walaupun saya sudah tidak lagi aktif buat sementara waktu ini,” ujarnya menerusi hantaran dalam Instagram.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok