TERLALU kuat bekerja tanpa memikirkan status kesihatan, pelakon Kim Seo-hyung pernah tertekan dan murung sekali gus mengalami keletihan melampau.
Ujar aktres awet muda itu, ramai pemain seni lupa bahawa kesihatan fizikal dan mental sangat penting meskipun sedang giat mencari duit selain dihimpit tawaran yang tidak putus-putus.
“Saya melakukan terlalu banyak kerja sehingga saya rasa seperti sedang kehabisan tenaga, seolah-olah tenaga saya disedut.
“Kebanyakan anak seni lupa untuk berehat demi mengejar kejayaan dalam membina karier, itu tidak sihat untuk mental dan fizikal,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual.
Susulan itu, wanita berusia 50 tahun itu memilih untuk tidak mengangguk kepada semua tawaran disua sebaliknya, mencari masa untuk dirinya sendiri dengan berehat secukupnya dan bersenam.
“Saya sekarang pilih naskhah juga dan cari waktu untuk diri sendiri. Bersenam dan berjalan kaki selalu saya buat,” katanya.