Lee Sang-yeob bahagia dengan tunang

SEDANG bahagia mengikat hubungan dalam fasa pertunangan, pelakon Lee Sang-yeob berasa bertuah kerana dihadirkan seorang wanita yang benar-benar memahami dirinya.

Ujar aktor kacak berusia 40 tahun itu, kehadiran tunangnya adalah pelengkap sempurna yang melengkapi kekurangan dan kelompongan dalam dirinya. 

“Jika orang ramai tanya saya bagaimana status saya dengan tunang, saya akan jawab sangat bahagia. Dia benar-benar sempurna buat saya. 

“Cara pandangannya terhadap saya sungguh ikhlas. Saya sangat selesa berdampingan dengannya kerana pada hakikatnya kami berfikiran sama.

“Masakannya juga enak, saya akan makan apa yang dia masak setiap hari dan saya juga ada masak untuknya sekali-sekala. 

“Saya teruja kerana dia menyukainya. Indahnya cinta,” luahnya menerusi satu rancangan temu bual.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok