Konsert BamBam di AS batal

GARA-GARA mengalami kecederaan pada bahagian pergelangan kaki dan buku lali, anggota kumpulan GOT7, BamBam terpaksa membatalkan konsert jelajah dunia di Amerika Syarikat.

Khabar duka itu diumumkan agensinya, Abyss Company yang memaklumkan kesihatan BamBam semakin merosot sekali gus mengganggu kelancaran dan pergerakannya ketika konsert kelak.

Tidak lama kemudian, idola berusia 27 tahun itu memohon maaf kepada semua peminat menerusi platform media sosialnya.

“Saya minta maaf kerana mengecewakan kalian semua, sungguh malang tak berbau.

“Sebenarnya saya mahu memberi hadiah istimewa khas buat semua peminat di Amerika Syarikat dan mahu mengejutkan semua orang dengan lagu baharu saya. Tetapi ini pula yang terjadi, saya terkilan.

“Salah sendiri, saya sepatutnya berhati-hati dan mengambil berat tentang kesihatan saya. Saya minta maaf Bammies (kelab peminat),” ujarnya panjang lebar.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok