Jessi tidak lagi membingitkan

Enggan lagi menjadi perhatian gara-gara mulut lantangnya, penyanyi Jessi memilih jalan ‘tenang’ memasuki tahun 2024.

Bukan kerana tekanan kecaman netizen, tetapi dia menganggap setiap manusia perlu mempunyai transisi dalam kehidupan seiring waktu bergulir.

“Ramai yang tanya saya kenapa menyepi dan tidak lantang seperti sebelum ini.

“Pada saya, dalam diri setiap manusia akan terbit satu rasa kita sudah malas untuk lantang tentang semua perkara. Mungkin faktor usia.

“Tetapi saya tetap diri saya dan akan berterus-terang dengan apa yang saya tidak suka cumanya, mungkin dengan cara yang berbeza,” tulisnya dalam InstaStory, baru-baru ini. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok