Hyuna, Junhyung hangat bercinta?

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi sensasi HyunA mendedahkan dirinya kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan Highlight, Junhyung.

Perkara mula meledak apabila pelantun lagu Bubble Pop itu memuat naik sekeping foto bersama Junhyung seolah-olah ingin memberitahu mereka sedang hangat bercinta.

Pada hari sama, Junhyung turut memuat naik foto yang sama dalam Instagram miliknya yang memaparkan kedua-dua mereka berpegangan tangan dan berjalan di tepi pantai.

Kedua-dua pasangan sama cantik sama padan itu juga meninggalkan komen romantis pada foto masing-masing.

“Doakan yang terbaik buat kami berdua, jauhi negativiti. Cinta untuk semua,” tulis Hyuna.

“Hanya dia, cinta saya,” tulis Junhyung.

Diasak netizen yang mempersoalkan sama ada perkara itu benar atau sekadar gimik untuk melancarkan lagu duet, agensi HyunA, AT AREA enggan mengulas lanjut memandangkan mereka tidak ikut campur urusan peribadi artis naungan mereka.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok