324
MALANG tidak berbau buat penyanyi Haechan apabila tiba-tiba jatuh sakit sebelum mengadakan konsert di Nagoya, Jepun.
Menurut kenyataan agensi kumpulan NCT iaitu SM Entertainment, pemilik nama lengkap Lee Dong-hyuck mengalami demam panas serta sakit badan yang menuntutnya berehat dan tidak beraksi dalam konsert yang berlangsung pada 7 Januari lalu.
Hari yang sama, dia juga tidak dapat menghadiri sesi bertemu peminat berikutan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
Anggota kumpulan NCT yang lain bagaimanapun meneruskan konsert Neo City: Japan – The Unity bagi menghiburkan peminat. – HIBGLAM