NewJeans makin mendunia

KUMPULAN gadis popular, NewJeans sekali lagi melakar sejarah apabila mencatat pencapaian yang luar biasa dengan mencipta rekod lagu paling lama bertahan dalam carta Billboard Amerika Syarikat.

Lagu mereka berjudul Get Up muncul di tangga pertama dalam carta tersebut dan mengekalkan kedudukan secara utuh selama 26 minggu berturut-turut.

Pencapaian itu sekali gus mengukuhkan status NewJeans sebagai kumpulan K-pop generasi keempat yang paling lama bertahan dalam carta Billboard 200.

Lebih mengujakan, lagu mereka juga telah menyamai rekod kehadiran paling lama dalam carta oleh mana-mana kumpulan gadis K-pop dalam sejarah selain mencapai kejayaan ini hanya setahun setengah selepas debut mereka dalam industri.

Lagu utama mereka berjudul Super Shy telah meledak di persada muzik antarabangsa sehingga menjadi siulan anak-anak muda yang pada hakikatnya tidak fasih berbahasa Korea.

Itu tidak termasuk pengaruh fesyen yang menjadi ikutan ramai.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok