Cha Chung-hwa sah hamil

TIGA bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Cha Chung-hwa dilaporkan kini hamil anak sulung.

Khabar gembira kehamilan aktres berusia 43 tahun itu diumumkan dan disahkan agensinya, IOK Company, namun tidak mendedahkan usia kandungan.

“Ya betul, Chung-hwa hamil. Sulit untuk mengungkap perincian tentang kehidupan artis naungan kami, jadi kami rahsiakan berapa usia kandungannya.

“Mohon semua peminat mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Chung-hwa yang masih bekerja untuk menyelesaikan beberapa drama lagi sebelum berehat panjang,” jelas agensi tersebut.

Cha Chung-hwa berkahwin dengan jejaka dua tahun lebih muda daripadanya pada Oktober tahun lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok