V, Jungkook ucap selamat tinggal

Menghitung hari bakal memasuki kem latihan tentera, anggota BTS iaitu V dan Jungkook sempat mengucapkan selamat tinggal buat peminat mereka.

Kedua-dua penyanyi itu turut berkongsi penampilan baharu mereka yang berambut pendek.

Apa yang mencuri perhatian peminat apabila kedua-dua pemuzik itu tidak berbaju dalam perkongsian tersebut sehingga menampakkan dada mereka yang bidang.

Foto yang dikongsikan itu merupakan panggilan video antara Jungkook dan V sambil mengucapkan kata-kata perpisahan kepada peminat sebelum bersatu kembali pada 2025 kelak.

“Abang pergi dulu, selamat mendaftar,” kata mereka kepada peminat.

Selain Jungkook dan V, dua anggota lain iaitu J-Hope dan Suga sudah pun menyertai latihan ketenteraan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok