Park Eun-bin nafi besar kepala

DILABEL semakin besar kepala dan selalu datang lambat ke set penggambaran, pelakon Park Eun-bin menafikan semua tuduhan dan menyifatkan semua itu sebagai cara pembenci ingin menutup periuk nasinya.

Jelas pelakon jelita itu, dia tidak mengerti mengapa ada sahaja berita mahupun fitnah berkaitan dirinya sedangkan dia hanya melakukan kerja tanpa mengganggu sesiapa.

“Kalau mahu kata saya lambat datang set penggambaran, mengapa produksi masih senyap dan tidak gugurkan saya. Dunia ini ada undang-undang, jangan semudahnya menabur fitnah.

“Saya dan seluruh tenaga produksi elok sahaja. Kami semua melakukan yang terbaik untuk menyiapkan naskhah dan tiada istilah besar kepala.

“Saya mohon semua pembenci saya untuk muhasabah diri dan cari isu yang lebih logik untuk menjatuhkan saya,” jelasnya panjang lebar.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok