SERING dilihat mesra dengan kawan lelaki dan pengurusnya sehingga dituduh menyukai pasangan sama jenis, anggota kumpulan Shinee, Choi Min-ho tampil menafikan perkara tersebut dan menegaskan dirinya hanya peramah dan suka bergaul dengan sesiapa sahaja.
Idola kacak itu juga terkejut apabila beberapa kali berdepan khabar angin yang mendakwa dirinya sedang menjalinkan hubungan songsang dan tidak selesa untuk berdampingan dengan kaum wanita.
“Entah mengapa orang selalu kaitkan nama saya dengan hubungan songsang, ada juga kata saya bercinta dengan pengurus sendiri. Semuanya tidak masuk akal.
“Baik atau rapat dengan kawan lelaki mahupun pengurus, tidak bermaksud saya bercinta dengan mereka. Saya memang peramah orangnya dan mudah bergaul.
“Hentikan spekulasi yang tidak sepatutnya, dan jika cara ini adalah untuk menjatuhkan karier saya, maaf anda gagal,” ujar Min-ho menerusi satu rancangan temu bual.