Lisa didakwa hamil anak Frederic

SAAT anggota Blackpink, Lisa kecoh didakwa sedang hamil, pereka fesyen terkenal dari Thailand tampil menyangkal tuduhan tersebut sekali gus mendedahkan ukuran pinggang terbaharu penyanyi berkenaan.

Memetik laporan Wowkeren, pereka fesyen dikenali sebagai Moo Asava juga penata gaya Lisa untuk muzik video lagu Lalisa itu memberitahu ukuran pinggang penyanyi itu hanya sekitar 22 inci.

Ukuran pinggang Lisa dikatakan menyusut ketika menghadiri acara The Korean Banquet yang diadakan di Istana Buckingham pada November lalu.

Perubahan ukuran pinggang itu membuatkan pengarah fesyen Elle Thailand, Nanist terpaksa menggantikan gaun yang dipakai Lisa untuk ke acara tersebut.

Kenyataan yang dikongsi pereka fesyen dan pengarah fesyen dari Thailand itu sekali gus menafikan dakwaan bahawa pelantun lagu Money itu sedang berbadan dua.

Sebelum ini, media Tiongkok mendakwa Lisa sedang hamil anak kekasihnya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tag Heuer, Frederic Arnault.

Menerusi laporan berkenaan, sumber mendakwa Lisa menunjukkan tanda-tanda penambahan berat badan dengan wajahnya yang semakin bulat serta perut yang menonjol.

Selain itu, sumber juga memberitahu Lisa dilihat menutup perutnya dengan tangan pada acara makan malam sehingga menimbulkan curiga ramai.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok