Jin Seo-yeon tiru gaya Newjeans

PELAKON Jin Seo-yeon mengakui terinspirasi dengan fesyen kumpulan NewJeans semasa hadir di Anugerah Hiburan KBS tahun ini.

Dia mengenakan gaun putih sambil menemani bintang rancangan realiti Stars’ Top Recipe at Fun-Staurant iaitu Lee Chan-won, Ryu Soo-young dan Boom di karpet merah.

Bukan sahaja dari segi pemakaian, gaya rambut yang tidak pernah digayakan sebelum ini turut mengambil inspirasi daripada kumpulan wanita itu.

Kehadiran Seo-yeon ke Anugerah Hiburan KBS 2023 kerana dicalonkan untuk Rookie Award for Show & Variety dan berjaya membawa pulang trofi tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok