Ira Kazar pura-pura bahagia? ‘Terpaling’ bahagia

LAMA tidak mendengar khabar tentang Ira Kazar. Dah tak buat video masakan lagi ke sekarang? Sepi sahaja.

Tapi, baru-baru ini nama Ira kembali diperkatakan selepas tular video keterujaannya mengangkat panggilan telefon dari suaminya iaitu pengarah Syamsul Yusof.

Ketika Ira muncul dalam satu sesi Live bersama kakaknya dalam TikTok, tiba-tiba wanita itu dilihat kelam-kabut untuk menjawab panggilan telefon selepas dihubungi Syamsul.

“Yang (sayang). Laki (suami) kita telefon,” ujar Ira.

Pun begitu, ramai pengguna TikTok berasa geli dengan gelagat Ira yang dilihat terlalu teruja menjawab panggilan telefon daripada suaminya.

Kata netizen, orang yang terlalu teruja sebegitu sebab jarang ditelefon suami. Malah, tidak kurang juga yang mengatakan Ira hanya berpura-pura bahagia. Macam-macam andaian. Tak baik tau berfikiran negatif. Mungkin betul Ira kini sedang bahagia.

DIVA: Drama Syurga Itu Bukan Mudah lakonan Amir Ahnaf dikecam sebab ada babak ‘soft porn’ main bawah meja.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok