V, Lee Min-ho, Lee Jung-jae bergabung ‘meletup’

PEMINAT mengakui teruja melihat kebersamaan selebriti pujaan terdiri daripada V, Lee Min-ho dan Lee Jung-jae dalam sekeping potret yang tular baru-baru.
Pertemuan mereka mencetuskan kekecohan sehingga timbul spekulasi mengenai projek terbaharu yang masih tiada perincian.
Foto tersebut dimuat naik pereka fesyen Itali dan bekas Ketua Pegawai Kreatif Burberry, Riccardo Tisci ketika mereka dalam perjalanan ke Muzium Negara di Seoul.
“Kalau sudah bersama pereka fesyen, mesti mereka akan jadi duta atau menyertai pertunjukan fesyen,” kata peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok