Mengancam betul fesyen kumpulan Riize

MESKIPUN baru sahaja ditubuhkan, kumpulan Riize sudah mendapat jemputan ke Anugerah Muzik Asia MNet (MAMA) 2023 di Tokyo, Jepun.

Nyata mereka sudah mengumpul pengaruh hebat apabila ramai peminat sanggup berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, bagi mengucapkan selamat jalan.

Malah tumpuan ramai juga memberi fokus terhadap fesyen unik kumpulan berkenaan yang disifatkan istimewa.

Keenam-enam ahli itu menampilkan fesyen berbeza apabila memilih menggayakan kot trench dan jaket denim.

Mata peminat turut tertumpu dengan visual mereka memiliki ketinggian ideal

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok