Kumpulan Riize gantung Seunghan

GARA-GARA terpalit dengan pelbagai kontroversi tidak senonoh selain tidak memberikan teladan yang baik sebagai idola, SM Entertainment terpaksa menggantung Seunghan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti kumpulannya, Riize buat selama-lamanya.

Kejadian bermula apabila gambar penyanyi itu merokok di kawasan jalanan Jepun selain rakaman panggilan video tidak senonoh dengan penyanyi lain tersebar sebelum penampilan sulungnya yang mengundang kecaman dan caci maki netizen.

Meletakkan segala kesalahan atas dirinya, Seunghan memohon maaf dan menerima keputusan SM Entertainment untuk digugurkan daripada aktiviti kumpulan Riize.

“Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku dan selepas pertimbangan yang mendalam dengan pihak agensi. Saya terima untuk digantung mahupun dibuang daripada kumpulan Riize buat selamanya,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok