CL setia bersama G-Dragon

SIMPATI nasib G-Dragon yang kini sedang disiasat atas dakwaan penggunaan dadah, penyanyi, CL teguh menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu.

Penyanyi berpenampilan seksi itu memuat naik sekeping foto dalam Instagram Story miliknya dengan kapsyen berbunyi, ‘G-Dragon Guardians Of Daisy’ berlatar imej dirinya bersama ketua kumpulan BigBang itu.

Foto tersebut memaparkan logo ‘peaceminusone’ dengan bunga aster, simbolik dikaitkan dengan G-Dragon, untuk menyampaikan sokongan dan solidaritinya.

Gerak isyarat tersebut menunjukkan ikatan persahabatan antara CL dan G-Dragon, yang kedua-duanya merupakan sebahagian daripada keluarga YG Entertainment. CL sebelum ini mengetuai kumpulan 2NE1, manakala G-Dragon pula mengetuai BigBang.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok