Bintang Money Heist Korea berkahwin

PELAKON drama Money Heist Korea, Kim Ji-hun menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan di Seoul pada 27 November lalu.
Berita tersebut diumumkan agensinya, Red Line Entertainment dalam satu ucapan tahniah buat pasangan pengantin baharu.
“Kami mendoakan buat Kim Ji-hun untuk permulaan hidup baharu.
“Dia berhasrat untuk membalas sokongan yang diterima melalui kerjayanya sebagai pelakon.
“Meskipun sudah berkahwin, kami berharap peminat tetap memberikan sokongan yang berterusan buat mereka,” kata agensi dalam sebuah kenyataan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok