[VIDEO] Hati-hati Di Jalan versi Taecyeon memukau

LUAR biasa. Itu gambaran tepat buat penyanyi Taecyeon selepas berjaya mendendangkan lagu Hati-Hati Di Jalan nyanyian asal penyanyi Indonesia, Tulus.

Kemampuan berbahasa Indonesia ahli kumpulan 2PM itu memukau peminat yang hadir ke 2023 Ok Taecyeon Asia Fanmeeting: SpecialTY ketika beraksi di pentas The Kasablanka Hall, Jakarta Selatan.

Dalam acara ramah mesra tersebut, Taecyeon turut berkomunikasi dan bermain beberapa permainan bersama peminat yang hadir.

Acara 2023 Ok Taecyeon Asia Fanmeeting: SpecialTY di Jakarta ternyata menjadi sebuah acara yang sangat berbekas di hati semua.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok