Triathlon bukti kehebatan Han Hyo-joo

LUAR biasa! Itu ungkapan sesuai ditujukan kepada pelakon Han Hyo-joo yang menyertai acara sukan triathlon baru-baru ini.

Semua itu dapat dikongsikan Hyo-joo menerusi Instagramnya ketika menyertai acara 2023 Tongyeon Triatlon Cip Ironman 3-triatlon.

“Saya tidak ada banyak masa untuk berlatih kerana diserang selesema tetapi terima kasih kepada pasukan saya yang berjaya melengkapkan triathlon.

“Lain kali saya akan berlatih dan cuba untuk cipta rekod yang baik,” katanya.

Dalam perkongsian foto, kelihatan pelakon filem 20th Century Girl itu sedang berbasikal dengan memakai nombor 1423.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok