SUSULAN dakwaan bercinta dengan ahli kumpulan BTS iaitu Jimin, pelakon Song Da-eun kini tidak tahan lagi berdepan ancaman dan ugutan daripada peminta.
Dia berharap situasi itu reda sebelum sebarang tindakan undang-undang terpaksa diambil.
Pelakon berusia 32 tahun itu kesal apabila gosip bercinta dengan personaliti kesayangan ramai menyebabkan dirinya dikecam teruk peminat Jimin.
Malah, Song Da-eun meminta peminat berhenti mempercayai gosip yang timbul memandangkan dia tiada kena-mengena dengan Jimin.
Kini, Da-eun sedang mengumpul bukti ugutan yang diterima melalui media sosial bagi melindungi dirinya.
Spekulasi percintaan mereka tercetus apabila didakwa memuat naik gambar pada tarikh, masa dan lokasi sama dengan keberadaan Jimin.
Sehingga hari ini, Da-eun bagaimanapun engggan mengulas tentang ‘kebetulan’ tersebut.