S.Coups terpaksa rehat, cedera bahagian lutut

Mengalami kecederaan pada bahagian lutut, anggota kumpulan Seventeen, S.Coups terpaksa berehat daripada sebarang aktiviti promosi dan persembahan kumpulan.

Menurut agensinya, Pledis Entertainment, S.Coup tidak dapat mengambil bahagian dalam rangka promosi Seventeen untuk album mini ke-11 mereka berjudul Seventeenth Heaven sehingga pulih sepenuhnya.

“S.Coups mengalami kecederaan pada ligamen anterior cruciate kirinya dan menjalani pembedahan ligamen tersebut.

“Dia kini masih menerima rawatan selepas pembedahan, dan perlu memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.

“Syukur keadaannya semakin pulih, rawatan pemulihan adalah penting pada peringkat ini. 

“Dia dinasihat mengelakkan sebarang aktiviti yang membebankan fizikal seperti menari dan bersukan,” jelas label tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok