Lepasi 600 penstriman, Like Crazy Jimin menggila

Anggota kumpulan BTS, Jimin terus mendakap kejayaan apabila lagu solonya Like Crazy melepasi 600 juta penstriman dalam platform muzik Spotify hanya dalam masa 207 hari sahaja.

Kejayaan tersebut sekali gus mencatat rekod baharu sebagai lagu Korea Selatan terpantas dalam sejarah mengatasi rekod kumpulan BTS sebelum ini  menerusi lagu My Universe selama 234 hari.

Lagu solo tersebut juga turut mencipta rekod baharu sebagai lagu solo terpantas penyanyi solo K-pop, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang Lisa menerusi lagu Money selama 474 hari.

Terus cemerlang, Like Crazy melanjutkan rekodnya sebagai lagu solo Korea paling banyak distrim pada 2023.

Dari sisi lain, Like Crazy turut mendaki Billboard Global 200 sebagai lagu penyanyi solo paling lama bertahan iaitu selama 29 minggu dalam carta.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok