Jungkook luar biasa

PENYANYI Jungkook memacu pengaruh luar biasa apabila terus kekal di carta global Billboard.

Menurut carta Billboard terkini sehingga 21 Oktober lalu, single solo ahli BTS itu, 3D dan Seven menduduki tempat kelima dan kelapan pada carta Global 200.

Tidak termasuk di Amerika Syarikat, 3D dan Seven menduduki tangga kedua dan ketiga, sekali gus memasuki 10 tangga teratas carta utama Billboard.

Berita tersebut turut meletakkan pemilik nama lengkap Jeon Jung-kook itu sebagai artis solo Korea Selatan paling banyak dicalonkan dalam carta muzik dunia.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok