Jiyeon tayang rumah RM24 juta

Demi menunaikan permintaan peminat yang sudah sekian lama ingin melihat kondominium mewah milik idola kesayangan mereka, anggota kumpulan T-ara, Jiyeon sempat membuat sebuah video vlog ‘house tour’ khas untuk tontonan penggemarnya.

Menerusi vlog tersebut, Jiyeon dilihat bersama abangnya yang datang membawa peralatan rumah untuk membantu menyiapkan beberapa dekorasi dalaman rumah tersebut yang belum siap sepenuhnya.

Kediaman mewah penyanyi jelita itu difahamkan terletak di Menara Dunia Lotte berdekatan Songpa-gu, Seoul dan dilaporkan berharga sekitar RM24 juta.

Rata-rata peminat menzahirkan keterujaan apabila melihat kediaman mewah tersebut dan memuji Jiyeon kerana pandai memilih dekorasi dan rumah yang mempunyai pemandangan menarik.

“Wah cantiknya rumah idola saya, pandai Jiyeon pilih dekorasi dalaman, sesuai dengan dirinya yang ceria dan periang, ini baru betul rumahku syurgaku,” komen seorang netizen. – HIB GLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok