Jimin derma ratusan ribu ringgit

Anggota kumpulan BTS, Jimin, menderma sebanyak RM100,000 sebagai dana biasiswa kepada penuntut di Busan Arts High School yang juga tempatnya menuntut ilmu sebelum ini.

Dana biasiswa itu bertujuan untuk menyokong 28 pelajar yang  mempamerkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang seperti tarian, seni halus dan muzik selain membantu golongan yang mempunyai masalah kewangan. 

Bantuan juga bertujuan untuk menampung perbelanjaan seperti pelajaran, uniform sekolah dan sebagai satu semangat menggalakkan pelajar untuk terus mengejar impian mereka.

Tidak terhenti di situ, secara diam-diam Jimin membantu pelajar-pelajar sejak 2019 lagi dengan sumbangan kolektif sekitar RM600,000 kepada institusi tersebut.

Dana diagihkan kepada tiga bahagian iaitu pemupukan bakat, penambahbaikkan fasiliti dan pembelian peralatan untuk jabatan tarian, muzik dan seni halus.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok