Jessi berhenti merokok

PENYANYI rap Korea Selatan, Jessi membuat pengakuan sudah berhenti merokok dan tidak meneruskan aktiviti berjemur kononnya untuk kulit cantik.

Sebagai artis, Jessi berkata sudah tiba masa dia menunjukkan teladan baik buat peminat serta pada masa sama, menjaga kesihatan.

“Saya telah berhenti menghisap rokok elektrik (vape) sejak awal tahun ini.

“Selain itu, saya juga berhenti berjemur. Bagi saya, penampilan sangat penting dalam kerjaya,” katanya dalam rancangan temu bual berjudul Pinggyego.

Pendedahan tersebut dibuat selepas pengacara program, Yoo Jae-suk melihat perubahan Jessi yang dikatakan kelihatan lebih sihat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok