IU, Han Ji-min terima anugerah

SEBAGAI pengiktirafan bakat dan komitmen yang ditumpahkan terhadap dunia seni, dua selebriti K-pop, IU dan Han Ji-min dipilih sebagai penerima anugerah pada ulang tahun kelapan Annual Finance Day baru-baru ini.

Dianggap sebagai dua selebriti paling berjaya pada tahun 2023, IU dan Ji-min mulanya dijemput sebagai tetamu kehormat acara berprestij tersebut.

Ji-min yang menjadi satu-satu pelakon yang mendapat penghormatan istimewa tersebut turut meraih pujian Perdana Menteri yang disampaikan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan, Kim Joo-hyun.

Manakala penghargaan buat IU yang menunjukkan peningkatan mendadak dalam kerjaya lakonan dan muzik disampaikan oleh Kim Joo-hyun.

Acara yang diadakan setiap tahun ini, bukan sahaja mengiktiraf tokoh penting dalam sektor kewangan, bahkan menganugerahkan kepujian kepada penyumbang penting individu pelbagai bidang. Antaranya seperti sektor seni dan hiburan yang mempromosikan budaya Korea Selatan secara global.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok