Hoon ‘berbisik’ dengan bayi

TERUJA bakal bertukar status bergelar sebagai seorang bapa tidak lama lagi, anggota kumpulan U-KISS, Hoon tampil menitipkan satu ucapan istimewa khas buat anaknya yang dijangka lahir Januari tahun hadapan.

Hoon secara peribadi menyampaikan berita kehamilan isterinya Hwang Ji-Sun dalam platform media sosial miliknya dan berkongsi gambar ‘ultrasound’ bayi mereka.

“Kehidupan sangat berharga apabila apa yang kami harapkan akhirnya bakal tiba ke dunia tidak lama lagi. Hebatnya, dia (bayi) sudah kelihatan seperti saya.

“Terima kasih Tuhan atas anugerah terindah ini dan terima kasih anakku kerana datang kepada kami.

“Saya akan melakukan yang terbaik sebagai bapa dan suami, saya akan bekerja keras demi anak dan isteri saya, supaya anak saya membesar dengan sihat dan isteri saya sentiasa dalam keadaan gembira,” titipnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok