Fifty Fifty dedah didera pihak pengurusan

BIARPUN berada dalam kesihatan tidak baik, kumpulan Fifty Fifty mendakwa pihak pengurusan iaitu Attrakt mengerah tenaga mereka untuk terus bekerja.

Tidak tahan diseksa, Fifty Fifty mengeluarkan kenyataan dalam Instagram dengan kapsyen: 

‘Berapa lama lagi kami perlu menderita untuk mendapatkan penjagaan sewajarnya?.

“Semua ahli terpaksa bertahan. Tolong faham keadaan kami. Kami juga mahu dilindungi.

“Kesemua lagu ciptaan kami berjudul Loving Me, Tell Me, Higher dan Log In disiapkan walaupun beberapa ahli kami mengalami sawan akibat gangguan panik sehingga perlu menggunakan alat pernafasan oksigen,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. 

Dalam masa sama, ahlinya iaitu Saena mendakwa keguguran rambut dan tidak datang haid akibat diet yang teruk selain berada dalam tekanan. 

Anggota lain iaitu Sio mendedahkan pernah berjumpa pakar psikiatri dan didiagnos dengan gangguan panik yang teruk.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok