Changjo jadi tentera darat

AHLI kumpulan Teen Top, Changjo kini dalam persediaan untuk mendaftarkan diri dalam perkhidmatan ketenteraan.

Berita tersebut disampaikan pihak agensi penyanyi itu, TOP Media yang memaklumkan pemilik nama sebenar Choi Jong-hyun itu akan menyertai pasukan tentera darat pada 20 November depan.

Sepanjang menjalani perkhidmatan ketenteraan, dia juga bakal menyertai pancaragam tentera.

Sebelum mendaftarkan diri, penyanyi berusia 28 tahun itu memberi bayangan akan kembali bertemu peminat menjelang 2025.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok