Attention julang nama NewJeans

KARIER kumpulan NewJeans terus cemerlang apabila lagu terbaharu mereka berjudul Attention telah mencapai 300 juta penstriman dalam platform Spotify.

Malah lagu tersebut telah mencatatkan jualan mengagumkan sebanyak 355,224 unit sekali gus mengulangi kejayaan lagu-lagu hits NewJeans yang lain seperti Ditto, OMG dan Hype Boy yang setiap satunya meraih lebih 300 juta strim.

Lagu Attention menampilkan muzik yang segar sehingga menjadi pilihan ramai pendengar seterusnya layak menjuarai pelbagai carta muzik terkemuka tempatan.

Lebih mengagumkan, Attention menjadi lagu pertama daripada kumpulan K-Pop yang berjaya masuk carta ‘Weekly Top Songs USA’ Spotify ketika diperkenalkan kepada umum.

Berikutan populariti lagu itu, album sulung NewJeans berjaya meraih 1 billion penstriman dalam Spotify pada September lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok