ANGGOTA kumpulan BTS, V mencipta kejayaan di pasaran Britain sebagai artis solo K-pop paling lama menduduki carta album terkemuka di United Kingdom (UK).
Semasa minggu pertama pelancaran album solo V berjudul LayOver, dia meraih kedudukan nombor satu dalam tiga kategori iaitu Carta Muat Turun Tunggal, Carta Jualan Tunggal dan Carta Muat Turun Album sehingga menjadi artis solo K-Pop pertama yang mencapai kejayaan sedemikian.
Ketika memasuki minggu kelima, LayOver memperolehi tempat kesembilan pada Carta Muat Turun Rasmi UK, manakala single utama album berjudul Slow Dancing kian mendaki Carta Muat Turun Album dan Carta Jualan Tunggal.
LayOver juga menunjukkan prestasi cemerlang dalam Carta Album iTunes UK, mengatasi lagu daripada bintang pop terkenal lain seperti Drake, Ed Sheeran dan ABBA.