Tinggalkan YG Entertainment, Jennie, Jisoo tubuh agensi sendiri?

KEBELAKANGAN ini, status kontrak kumpulan Blackpink bersama agensi YG Entertainment sering menjadi perdebatan. Kumpulan berkenaan dikatakan sudah bukan lagi artis naungan label gergasi tersebut.

Menambahkan keyakinan ramai, media Korea Selatan mendakwa dua anggota Blackpink, Jennie dan Jisoo juga sudah menubuhkan agensi pengurusan sendiri.

Difahamkan, agensi baharu itu hanya akan mengendalikan jadual Jennie dan Jisoo secara individu sahaja tanpa melibatkan Blackpink secara berkumpulan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok