Sebab ‘mulut orang’, Infinite batal konsert di Hong Kong

HASRAT pemuja kumpulan Infinite di Hong Kong tidak kesampaian apabila penganjuran konsert jelajah kumpulan berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 28 September nanti dibatalkan.

Perkara tersebut diumumkan pengurusan kumpulan terbabit, Infinite Company.

Pembatalan tersebut dikatakan berpunca daripada perselisihan faham antara pengurusan mereka dengan wakil penganjur acara di Hong Kong.

“Terima kasih kerana memberi sokongan buat Infinite. Mereka berjaya menamatkan konsert kemunculan semula di Seoul dan mula meneruskan jelajah ke negara luar.

Bagaimanapun, disebabkan masalah komunikasi dengan penganjur di Hong Kong, kami terpaksa membatalkan persembahan di sana.

“Kami memohon maaf atas kekecewaan peminat yang menantikan konsert di Hong Kong,” ujar wakil Infinite Company.

Tahun ini, Infinite menjayakan konsert jelajah sempena ulang tahun kelapan mereka dalam industri.

Mereka dijadualkan meneruskan persembahan jelajah ke Yokohama, Taipei dan Macau dalam masa terdekat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok