Rose Blackpink, Taylor Swift rakam lagu bersama?

KECOH dalam media sosial apabila peminat ternampak penyanyi Rose meninggalkan studio rakaman beberapa minit sebelum artis antarabangsa, Taylor Swift.

Ramai menyedari Swift atau nama lengkapnya Taylor Alison Swift itu sedang giat menyiapkan album terbaharu, selain memaklumkan akan berkolaborasi dengan beberapa artis terkenal.

Disebabkan itu, peminat membuat spekulasi bahawa ahli kumpulan Blackpink itu antara penyanyi yang bakal berduet dengan Swift dalam album berkenaan.

Jika kerjasama antara Swift dan Rose benar-benar berlaku, ini merupakan kolaborasi solo pertama Rose dengan penyanyi luar negara.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok