Peminat berkhemah tunggu Taecyeon

Anggota kumpulan 2PM, Taecyeon pertama kalinya bakal mengadakan konsert pertemuan istimewa bersama peminat  yang dijadualkan berlangsung di Teater New Frontier, Manila, Filipina pada 25 September nanti.

Apa yang lebih menarik, peminat fanatik penyanyi kacak itu sudah mula memasang khemah di sekitar pekarangan teater tersebut seawal 22 September demi menantikan ketibaan idola pujaan hati mereka.

Difahamkan, Taecyeon kini sudah pun berada di Filipina dan sedang berehat selepas mengadakan pertemuan peminat solo SpecialTY di Tokyo minggu lalu.

Selepas konsert di Manila, penyanyi itu akan meneruskan konsert bertemu peminat itu di beberapa tempat lagi seperti Hong Kong, Bangkok, dan Jakarta sehingga bulan depan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok