408
LAGU lama kumpulan NewJeans berjudul Hype Boy mencipta sejarah baru dalam pelantar muzik, Spotify.
Single hit tersebut merekodkan lebih 400 juta jumlah penstriman dalam aplikasi muzik tersebut.
Pencapaian hebat itu sekali gus membuatkan Hype Boy berjaya menduduki carta nombor tiga dalam sebuah carta popular dalam Spotify.
Meskipun dilancarkan pada 1 Ogos tahun lalu, lagu yang berada dalam album diberi nama New Jeans itu semakin diminati dan digilai ramai.